Wednesday, May 8, 2013

Aktiviti di MSU

8 May 2013

Harini berakhirnya satu lagi event di Management and science university. Event ini dianjurkan oleh subjek Mataplajaran wajib. Ada choral speaking, teater, chess, snake and ladder and lain2. Fun dan letih..haha alrite ni saya kongsikan sedikit gambar. =D

Choral Speaking

Antara Booth yang terdapat pada hari tersebut

Mereka Jual Makanan dan minuman

Charome pun ada

Permainan tradisional..mesti penah main..haha

Teater


Otai..=D


Tuesday, April 30, 2013

MSU

Assalamualaikum,

Minggu ini saya di tugaskan oleh pensyarah untuk mengambil gambar adik2 sekolah yang membuat lawatan ke Universiti saya MANAGEMENT And SCIENCE University. Sebelum melawat, mereka akan berada di dalam dewan dan akan di dedahkan dgn kursus2 yang menarik yg terdapat di MSU, bermula dgn sedikit ucapan ringkas dan mereka akan membuat lawatan.Wow, ramai betul, untuk hari pertama sebanyak 11 buah sekolah, dan hari kedua saya tidak pasti berapa banyak sekolah yang datang kerana saya hanya bertugas untuk hari pertama, berikut merupakan gambar2 yang saya ambil. Gambar semua diambil di dalam dewan sebab saya tidak  ikut mereka melawat sekitar MSU. Selepas berada di dalam dewan ini mereka akan diiringi oleh fasilitator yang akan membawa mereka dari satu tempat ke tempat antaranya dapur MSU,bilik mayat, galeri, perpustakaan dan berbagai tempat lagi. =)

P/S: terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan yang dapat hadir untuk membantu saya. =)

Ketibaan tetamu yg kami nantikan.=D

Penuh dewan

Adik ni comel, jadi saya ambil gmbar dia. =))

Tulis Apo tu?

Seronok dgr beliau berucap.

Diberi pendedahan kepda adik2 sek, mengenai kursus yang ditawarkan

Kami masih menunggu ketibaan sekolah2 lain. =D

Sunday, April 14, 2013

Merdeka

Di dataran Merdeka

Assalamualaikum,

semlam saya ke Kuala Lumpur, saje jalan-jalan.. Lepas itu sampai di sana, berjalan dari Majid Jamek ke Dataran Merdeka, kalau kita rajin ke KL, memang setiap minggu ada saja event baru, saya tak pasti event apa yang berlangsung harini, tapi saya rase seperti pertandingan tarian. ada berbagai-bagai aktiviti, antranya tarian, main chess bukan sbrg chess besar kot chess dia..hehe ada jualan kompang, dan macam macam lagi.

Okay tentu anda tertanya kenapa saya ambil gambar brother ini. Hahaha, kisahnye sedang saya berjalan-jalan dan tgk event yg sedang berlangsung, apa yang mmbuatkan mata saya terpukau dan saya berhenti sebentar oleh kerana, abang ni menyanyikan sebuah lagu yang saya masih ingt masa saya kecil dahulu. sangt sedap, maaf, lagunya sudah lama, jadi saya tidak ingat tajuk yang dinyanyikan.

thumb up saya bagi dekat beliau. =)

Mereka berdua sahaja, basking, layan =)

Friday, April 12, 2013

IKAN SARDIN

SARDIN

Ikan Sardin dgn sepotong tomato wedges dan sedikit bawang

Assalamualaikum

Apa khabar semua,  Saya saja ambil gambar sardin ni, sbb saya dah bnyak tgk gmbar makanan yang menyelerakan, jadi harini mak saya masak sardin. Dan di kesempatan itu saya ambil peluang untuk ambil gmbar sardin. Untuk pengetahuan pembaca, ini kali pertama saya ambil gambar makanan dan post. tengok banyak kali  gambar ni nampak sedap pulak sardin ni...hahaha, bagi saya kalau saya tgk dan rasa macam nak makan sardin ni, maknanya gambar saya berjaya. lagipun ini kali pertama saya ambil. akan di perbaharui lagi gmbar yang akan datang. =))

Wednesday, April 10, 2013

Water Drop

Boom!!

Ni lah dia hasilnya water drop yang saya shoot. sangat susah sebab timing kene baik. ada lebih kurang 30 kali shoot dan antara yang terbaik ni jelah. Saya lebih suka gambar yg nombor dua sebab lebih clean. =)

p/s : ni shoot dalam bilik air sahaja =)




Boom

Boom

Sunday, April 7, 2013

Mak Su kembali ke Dubai

Assalamualaikum

Pada minggu lepas,
maksu saya dari Dubai pulang ke tanah air untuk menguruskan tugas-tugas yang tergendala.beliau pulang selama seminggu sahaja. Pejam celik pejam celik dah seminggu, kejap betul rasanya, mungkin sebab saya ada kelas. Pada tarikh 7 April 2013 saya menghantar mak su saya ke KLIA semula untuk pulang ke Dubai Setelah seminggu beliau berada di sini. insyaallah beliau akan pulang ke tanah air lagi bersama keluarganya pada bulan Jun 2013 selama 2 bulan. Maksu mengatakan Dubai sedang cuti musim panas pada bulan tersebut dan orang-orang di Dubai semuanya terbang ke negara lain oleh kerana cuaca yang terlalu panas. Panas betul Dubai ye =)

sedikit perkongsian dari saya semasa di KLIA

Selamat Jalan dan selamat sampai

dari kiri : Opah, mak, dan mak uda

ahli keluarga yang lain
Add caption
Saya sedang  mengambil  gambar menggunakan canon power shot s100.

Happy Maksu, msg apo tu? hehe



canon power shot s100, sangat bagus kamera ini untuk kategori digital compact camera . Jika pandai guna kemungkinan anda boleh tewaskan DSLR shooter. thumb up =)



Friday, April 5, 2013

Bertemu kembali

Hanafi Hashim dan rakan lama a.k.a Panjang


Assalamualaikum,
Minggu ini saya berjumpa rakan lama saya , di sebelah kiri ialah Hanafi Hashim, alhamdulillah setelah setahun,, kami 

berjumpa kembali. kali terakhir saya berjumpa beliau pada tahun 2012 semasa bulan puasa. Disebelah kanan saya a.k.a 

Panjang, kali terakhir saya jumpa beliau pada tahun 2010 ketika kami berdua berkhidmat di The Pulai Desaru Resort Johor 

(3 tahun tak jumpa lamo tu). saya dan Hanafi adalah rakan seperjuangan ketika zaman diploma. kami kenal Panjang ketika 

kami praktikal di Desaru Johor. ketika itu beliau merupakan staff di sana. Kali ini Panjang turun ke Shah Alam untuk 

sambung blajar, di kesempatan ini, kami bertiga sepakat untuk bertemu sebab dah lama tidak berjumpa dan berbual. 

Antara sebab tidak berjumpa adalah kerana Hanafi berkerja di salah sebuah hotel di Damansara manakala saya dan 

Panjang sambung belajar di Universiti pilihan kami .. =)